Tuesday, September 11, 2007
MAK APER TU SEX????!!!!!Suatu pagi seorang anak perempuan yang
baru
masuk sekolah primary bertanya kepada
mummynya,
"Mummy, mummy..sex tu apa, mummy?"
Terkulat-kulat si ibu. Terfikir dia
tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia
berfikiran terbuka, termasuklah anak-
anak yang masih kecil. Sesuai dengan
konsep pendidikan seks yang sedang
hangat dibincangkan, mulalah si ibu
mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan
tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ibu pun memberikan jawapan
secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan
berudu dan seterusnya menjadi
katak,hujan serta benih yang
mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si
ibu menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan suaminya
sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran
seorang bayi comel iaitu si anak yang
bertanya itu. Tiba-tiba si anak
menangis teresak-esak. Si ibu
kehairanan.
'Eh kenapa ni?"
Si ibu bertanya kehairanan. Si anak
masih juga menangis.
"Jawapan mummy tu panjang sangat, tapi
tempat nak tulis jawapan ni
pendek.Mummy ajalah yang tulis,
waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku
latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.....
NAME : .
SCHOOL : .
CLASS : .
SEX :.................................
.
Lain kali, jangan aksyen memandai...
i wish i was dead ; diN scribble his life @ 11:20 AM;